Abang Raja Arab Saudi Meninggal Dunia

RIYADH – Abang Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud meninggal dunia pada usia 96 tahun.

Berita kematian Putera Bandar disahkan agensi berita Saudi Press (SPA) pada lewat malam semalam.

Putera Bandar bin Abdulaziz Al-Saud ialah anak ke-10 pengasas monarki negara Arab berkenaan namun tidak aktif secara politik.

Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahyan dan beberapa kenamaan lain termasuk Naib Presiden UAE, Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan yang juga Timbalan Panglima Tertinggi Angkatan Bersenjata UAE turut menghantar ucapan takziah kepada Raja Salman di atas pemergian Putera Bandar. – Agensi